Monday, August 17, 2009

Awalan


  • Syukur kehadrat Allah blog ilmu ini dapat dilancarkan juga akhirnya. Metafizik bukanlah satu ilmu baru yang boleh mencengangkan manusia, ianya mempunyai rentetan sejarah yang sangat panjang dan terdapat dalam setiap tamadun yang hebat. Blog ini tidak bercadang untuk membahas tentang sejarah metafizik, tetapi sekadar ingin berkongsi ilmu dengan sesiapa yang terlanjur melayarinya.
  • Blog ini dilancarkan bagi memenuhi pencarian keharmonian yang mana kita sering keliru tentang konsep kehidupan sementara di alam ini dan abadi di alam seterusnya. Kekalutan seharian dalam mengejar rezeki, kebendaan dan impian bagaikan makin menghanyut kita ke laut luas tiada bertepi. Hidup semakin hari makin tertekan, hilang arah dan tiada upaya untuk berdayung mencari arah pulang ke pantai.
  • Justeru dengan blog ini, sedikit sebanyak diharap dapat memberi panduan serta pengetahuan tentang keunikan, kehebatan dan keindahan alam raya ini yang telah dianugerahkan Pencipta Maha Agung, Allah swt kepada manusia. Jangan lupa bahawa kita juga sebahagian dari alam dan tertakluk kepada segala hukum, sistem dan aktivitinya samada suka atau tidak.
  • Sesungguhnya dalam pada kita tekun mencari jalan pulang, selaraskanlah kehidupan dengan alam. Nescaya jalan, lorong atau landasan akan terbentang luas untuk diselusuri dengan harmoni dan bahagia.